Tuesday 18 August 2020

Welcome to "My Kampung Adventure"










Wednesday 29 July 2020

Sejarah Penubuhan My Kampung Adventure

Sejarah 

    My Kampung Adventure telah diilhamkan pada penghujung 2009. Ia diwujudkan bagi meningkatkan taraf hidup warga desa seiring dengan kemajuan globalisasi dunia. Dewasa kini, ramai anak-anak muda dan warga kota tidak tahu cara kehidupan di desa. Apa yang dirisaukan ialah anggapan bahawa kehidupan desa amat daif meskipun hakikatnya ramai tidak tahu bahawa kehidupan desa kaya dengan keharmonian bangsa, cara hidup dan adat resamnya.

    Selain itu, ianya dapat menarik minat golongan belia untuk kembali menyelami kehidupan desa setelah sekian lama desa suram dengan pemergian warganya ke kota-kota besar. Dengan cara ini dapatlah mengembalikan kehidupan desa yang permai.

   Disamping itu, langkah ini membuka peluang pekerjaan kepada warga desa untuk mencari pendapatan berasaskan produk tradisional dan menjadikannya antara tarikan utama di desa.



Objektif 

                1. Melahirkan masyarakat pelancongan

                2. Menggalakkan anak muda bekerja dalam desa daripada berhijrah ke bandar

                3. Menambah pendapatan kepada komuniti
                    setempat

                4. Mengeratkan hubungan sesama komuniti
                   dan masyarakat luar.

                5. Mengkormersialkan budaya setempat
                    kepada dunia luar.

                6. Menggunakan sumber yang sedia ada secara
                    maksima tanpa pembaziran.

Tuesday 28 July 2020

5 Konsep Potensi Pelancongan

Setiap produk pelancongan yang diwujudkan mestilah mempunyai konsep tersendiri, begitu juga dengan produk pelancongan yang giat menapak naik mencipta nama iaitu "My Kampung Adventure" telah mewujudkan 5 konsep potensi pelancongan iaitu :-
  • Agro-Tourism
  • Sport-Tourism
  • Culture-Tourism
  • Food-Tourism
  • Edu-Tourism


Menjadikan aktiviti pertanian & ternakan penduduk sebagai produk pelancongan.
Contohnya Ladang Herba ( Misai kucing, Rozel dan Rempah Ratus ), tanaman Buluh Madu, ternakan Arnab,petik buah kelapa menggunakan monyet, tanaman pisang, menoreh getah, pembuatan asam gelugur, musim buah-buahan ( Durian, Salak dan lain-lain )


Sport - Tourism

Aktivit air seperti berakit dan renang di Empangan Sungai Bubu yang telah dibaik pulih oleh J.P.S Taiping.
Setiap pelancong atau peserta akan merasai aktiviti berbasikal ( basikal-basikal Lama ) mengelilingi kawasan kampung serta berpeluang melakukan aktiviti kampung.







Culture- Tourism

Para pelancong atau peserta berpeluang belajar bermain hadrah , ghazal dan bersilat hingga mahir menguasai permainan-permainan tradisi masyarakat melayu ini.

Food - Tourism

Pelancong atau peserta akan didedahkan dengan cara memproses pembuatan lemang. Dalam proses ini bermula dengan memilih dan menebang buluh di ikuti mengambil daun pisang, mengupas dan memarut buah kelapa serta memerah santan. Proses seterusnya memasukkan daun pisang, pulut serta santan ke dalam buluh dengan teknik yang betul dan membakar lemang hingga masak.

Edu - Tourism

My Kampung Advaenture telah mencipta satu modul baru untuk para pelajar IPTA/IPTS dalam bidang perniagaan contohnya, pelajar akan ditunjuk ajar kaedah pengeluaran produk untuk dipasarkan. Setiap pelajar harus mewujudkan syarikat dummy masing-masing. Mereka akan bermula dari langkah pertama iaitu mempelajari teknik berkebun, penanaman, pembajaan, penjagaan, penuaian, pemprosesan produk sehingga packing dan seterusnya produk yang terhasil akan dilabelkan dengan jenama sendiri dan syarikat yang diwujudkan secara dummy.